KESATUAN GURU-GURU SABAH
Sabah Teachers' Union ( STU )
Matlamat
STU sebagai sebuah kesatuan pembela guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan
MISI
- MELINDUNGI DAN MEMPERJUANGKAN HAK GURU-GURU DI NEGERI SABAH
- Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap
- Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan golongan pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif
PRESIDEN STU
AMANAT PRESIDEN
SESI 2022-2024
"Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua ahli STU. Saya mewakili STU dan seluruh pucuk pimpinan STU pusat mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan penghargaan kepada semua AJK bahagian yang telah berjaya mengadakan aktiviti serta terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dalam menjayakan semua aktiviti STU.
Sebagai ahli kita semua seharusnya bertanggungjawab dengan kesatuan ini kerana ia adalah milik kita semua. Saya hanya sebagai pengemudi kepada kesatuan ini dan sentiasa berharap kita akan sentiasa bekerjasama dalam semua perkara agar STU akan terus berdiri megah sebagai kesatuan yang sentiasa bersedia berkhidmat menjaga kebajikan semua ahli. Kita semua maklum bahawa tugas ini adalah tugas sukarela namun kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran agar STU terus relevan sebagai kesatuan yang terunggul di Sabah khasnya dan di Malaysia umumnya.
Sebagai president saya akan sentiasa berusaha menguruskan kesatuan ini dan bersedia membawa segala saranan, kesulitan, dan usul daripada semua ahli, tidak kira di mana mereka berada. Saya sedar ahli STU berada di seluruh pelusuk negeri Sabah sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, PPD mahupun JPN. Semua isu atau saranan akan kita ambil berat dan dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab.
Namun demikian saya memohon agar semua faham dan sedia menerima kenyataan jika setiap kehendak dan saranan kita sukar dipenuhi oleh pihak kementerian dan kerajaan kerana sudah pasti ada kekangan dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Namun kita tidak akan berputus asa untuk terus memanjangkan isu yang berbangkit sehingga ia dipertimbangkan.
Disediakan Oleh
Pucuk Pimpinan STU